Sunday, May 9, 2010

shti di pulau pinang

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pangkalan tentera.2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina.4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat.5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis.6. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah naugan SiKedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.am.7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot.8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja.